Minimalist Bride

Pengantin Minimalis.


Di zaman moden serba canggih dan pantas, kebanyakan bakal pengantin memilih untuk berpakaian simple dan elegant semasa hari bahagia.


Rata-rata memilih warna-warna pastel sebagai warna tema. Classy white juga menjadi pilihan utama bagi pakaian upacara akad nikah. Sebagaimana yang telah diberitahu sebelum ini, Putih mempunyai aura tertentu menjadikan gambar kenangan semasa upacara akad nikah kelihatan berseri-seri kerana warna putih seakan-akan mengharmoni segala warna yang ada di sekelilingnya.


Pilihan utama material/kain pula, kebanyakannya lebih berminat untuk memilih dari bahan yang selesa, lembut dan beralun seperti silk chiffon, satin, lace dan bridal net. Bahan-bahan seperti ini membuatkan si pemakai lebih selesa, tenteram dan yakin semasa hari bersejarah yang ditunggu-tunggu. Di samping itu, pakaian dari bahan-bahan tersebut agak tahan lama, dan lebih kelihatan natural.


Design pula, simple dan elegant menjadi pilihan. Tetapi, kebanyakannya menumpukan kepada corak lace atau accessories dan trimmings. Corak yg dikehendaki tidak terlalu crowded, tidak terlalu melambak di pasaran dan lain dari yang lain. Dalam erti kata lain, agak exclusive.


Itulah kehendak pengantin zaman kini, minimalist bride. They know what they want - "Less is more".

0 comments: